Total Tayangan Halaman

Minggu, 05 Februari 2012

Hukum menyapu muka setiap selesai berdoa




Salah satu amalan dan kebiasaannya dalam masyarakat kita, ialah mengusap (menyapu) muka setiap kali selesai berdoa sebagai penutup doa dan mungkin untuk mendapat berkat dari doa tersebut. Sebenarnya perbuatan tersebut tidak mempunyai asas/landasan dari syara’ dan tiada nas yang boleh dijadikan hujjah/sandaran, kerana semua hadis-hadis yang menunjukkan menyapu muka setelah selesai berdoa keseluruhannya lemah/dhaif belaka. Antara hadis-hadis tersebut ialah:

Kelompok Hadis pertama:

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ كَعَبِ الْقَرْظِيِّ عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا سَاَلْتُمْ بِاللهِ فَسَلُوْهُ بِبُطُوْنِ اَكُفِّكُمْ ، وَلاَ تَسْاَلُوْهُ بِظُهُوْرِهَا ، وَامْسَحُوْا بِهَا وُجُوْهَكُمْ

“Dari Muhammad bin Ka’ab al-Qurdzi dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apabila kamu meminta (berdoa) kepada Allah, maka mintalah dengan telapak tangan kamu, jangan memintanya dengan belakangnya. Dan sapulah dengannya muka kamu”. (Hadis Riwayat At-Thabrani dalam
المعجم الكبير 10/10779. az-Zahabi dalam المستدرك 1/536. Al-Baihaqi. السنن الكبرى2/212)


(1). عَنْ صَالِحِ بْنِ حَسَّانَ اْلاَنْصَارِيِّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ كَعَبِ الْقَرْظِيِّ عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا دَعَوْتَ اللهَ فَادْعُ بِبَاطِنِ كَفَّيْكَ ، وَلاَ تَدْعُ بِظُهُوْرِهَا ، فَاِذَا فَرَغْتَ فَامْسَحْ بِهِمَا وَجَهَكَ.

(1). “Dari Soleh bin Hassan al-Ansari, dari Muhammad bin Ka’ab al-Qardzi dari Ibn Abbas, beliau berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Jika engkau berdoa kepada Allah, maka berdoalah dengan telapak tanganmu, janganlah berdoa dengan kedua-dua belakangnya. Maka setelah selesai, sapulah wajahmu dengan kedua tanganmu”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah dalam Sunan. 1/373. Hadis No. 1181)

Kedua-dua hadis di atas ini adalah sangat lemah kerana pada sanadnya terdapat perawai yang lemah sebagaimana dapat diketahui dari penjelasan di bawah ini:

Dalam az-Zawaid dinyatakan: Isnad hadis ini lemah. Ia dilemahkan kerana terdapat perawi bernama Soleh bin Hassan. (Lihat: Sunan Ibn Majah. 1/373)

Menurut Imam Bukhari rahimahullah: Hadis yang dari Soleh bin Hassan al-Ansari dari Muhammad bin Ka’ab al-Qurdzi adalah hadis mungkar. Dan beliau berkata lagi: Setiap seseorang yang telah aku katakan hadisnya mungkar, maka tidak halal untuk meriwayatkan hadis darinya. (Lihat:
ميزان الاعتدال 1/6. Az-Zahabi)

Menurut Ibnu Hibban: Semua hadis yang diriw
ayatkan oleh (Soleh bin Hassan al-Ansari) adalah hadis-hadis palsu. (Lihat: al-Irwa al-Ghalil. 2/180. al-Albani)

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah: Soleh bin Hassan (
متروك) “Ditinggalkan”. (Lihat: المعجم الكبير 10/319)

Tambahan
وَامْسَحُوْا بِهَا وُجُوْهَكُمْ فَهِيَ زِيَادَةٌ مُنْكَرَة “Dan sapulah muka kamu dengan telapak tangan kamu (setelah selesai berdoa), maka ia adalah tambahan yang mungkar”. (Lihat: المعجم الكبير 10/319)

Berkata Abu Daud: Dia (soleh bin Hassan) seorang yang lemah. (Lihat:
المعجم الكبير 10/319)

Hadis Kedua:


(2). حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ عِيْسَى الْجُهَنِيُّ عَنْ حَنْظَلَةَ بْنَ اَبِيْ سُفْيَانَ الْجُمَحِيِّ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللهِ عَنْ اَبِيْهِ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا رَفَعَ يَدَيْهِ فِى الدُّعَاءِ لَمْ يَحُطُّهُمَا حَتَّى يَمْسَحَ بِهَمَا وَجْهَهُ . قَالَ مَحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى فَى حَدَيْثِهِ : لَمْ يَرُدُّهُمَا حَتَّى يَمْسَحَ بِهَمَا وَجْهَهُ

(2). “Berkata Hammad bin Isa al-Juhani dari Handhalah bin Abi Sufyan al-Jumahi dari Salim bin Abdullah dari bapanya dari Umar bin al-Khattab radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengangkat tangannya dalam berdoa. Baginda tidak mengembalikan kedua tangannya sehingga mengusap wajahnya. Berkata Muhammad bin al-Muthannah dalam hadisnya: Baginda tidak mengembalikannya keduanya sehingga mengusap dengan kedua tangannya wajahnya”. (Hadis Riwayat Tirmizi. 5/3386)

Hadis di atas ini adalah hadis lemah kerana sanad hadis ini berasal dari Hammad bin Isa al-Juhani. Nama penuh beliau ialah: Hammad bin Isa bin Ubaid bin at-Thufail al-Juhani al-Wasiti al-Basri. Dia seorang perawi yang sangat lemah.

Berkata Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah: Perawi seperti dia adalah lemah sekali. Maka hadisnya tidak boleh dihasankan, dengan demikian sama sekali tidak boleh disahihkan. (Lihat: Irwa al-Ghalil fii Takhrij Ahadis Manaris Sabil. 2/433)

Menurut al-Hafiz az-Zahabi: Hammad bin Isa al-Juhani adalah perawi yang lemah. (Lihat:
سير اعلام النبلاء 16/67. Az-Zahabi)

Abu Zur’ah ar-Razi rahimahullah berkata: Hadis (Hammad) ini adalah hadis mungkar yang diyakini tidak ada asalnya. (Lihat:
العلل 2/351. Ibnu Abi Hatim ar-Razi)

Hadis di atas ini juga dilemahkan oleh para
ulama hadis. Antaranya ialah: Ibnu Hajar al-Asqalani, Imam Ahmad dan Abu Hatim ar-Razi. Berkata Ibnu Makula: Para ulama hadis telah melemahkan hadis-hadis Hammad. (Lihat: تهذيب التهذيب oleh Ibnu Hajar. Lihat:العلل المتنهية 2/841. Ibnu al-Jauzi)

Hadis Ketiga:

(3). عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ تَسْتُرُوْا الْجُدُرَ مَنْ نَظَرَ فِى كَتَابِ اَخِيْهِ بِغَيْرِ اِذْنِهِ فَاِنَّمَا يَنْظُرُ فِى النَّارِ ، سَلُوْ اللهَ بِبُطُوْنِ اَكُفِّكُمْ وَلاَ تَسْاَلُوْهُ بِظُهُوْرِهَا ، فَاِذَا فَرَغْتُمْ فَامْسَحُوْا بِهَا وُجُوْهَكُمْ

(3). “Dari Abdullah bin Abbas radiallahu ‘anhu, sesungguhnya Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Janganlah kamu menutupi dinding-dinding (dengan kain), sesiapa melihat kitab saudaranya tanpa izinnya, maka sesungguhnya dia telah melihat dalam neraka. Mintalah kepada Allah dengan telapak-telapak tangan kamu dan janganlah meminta dengan belakangnya. Jika kamu telah selesai berdoa, maka usaplah wajah kamu dengan telapak tangan kamu”. (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Abu Daud)

Menurut para ulama hadis, hadis ini sangat lemah kerana mempunyai beberapa illah (penyakit):

Berkata Abul Hasan bin al-Qatthan dan Al-Hafiz Iban Hajar:

“Perawi hadis ini (Abdul Malik bin Muhammad bin Aiman al-Hijazi)
هو مجهول “Dia tidak diketahui/tidak dikenali”. (Lihat: تقريب التهذيب - Ibnu Hajar)

Berkata Abu Daud:


روي هذا الحديث من غير وجه عن محمد بن كعب كلها واهية وهذا الطريق امثلها وهو ضعيف ايضا

“Hadis ini telah diriwayatkan dari berbagai jalan dari Muhammad bin Ka’ab, yang semuanya sangat lemah. Walaupun sanad ini adalah yang terbaik, namun hadis ini juga adalah lemah”. (Lihat:
مختصر سنن ابي داود 2/1432)

Dengan penjelasan di atas, ternyata bahawa hadis-hadis tentang menyapu muka setelah s
elesai berdoa tidak ada yang sahih, oleh itu ia adalah sesuatu yang bid’ah, kerana perbuatan tersebut tidak pernah dilakukan dan tidak ada contohnya dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat, para tabi’in, tabi’ut at-tabi’in dan dari para ulama Salaf as-Soleh yang mengikut jejak mereka.

PANDANGAN ULAMA DALAM HAL INI (MENYAPU MUKA SETELAH BERDOA):

1 – AL-Mawarzi di dalam kitab al-Witr (hal. 236) berkata, “Imam Malik bin anas al-Ashbahi Rahimahullah (w. 179H) ditanya tentang seseorang yang mengusap mukanya dengan kedua telapak tangannya ketika berdoa, ia mengingkari hal itu dan berkata, “Aku tidak mengetahuinya.””

2 – Dari apa yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi (2/212), “Aku bertanya kepada Abdullah (Imam Abdullah Bin al-Mubarak Rahimahullah (w. 181H)/Ibnul Mubarak) berkenaan dengan orang yang jika berdoa mengusap mukanya, ia berkata, “Aku tidak menyaksikannya melakukan hal itu.” Ia berkata, “Abdullah berdoa qunut setelah ruku’ di dalam solat witr dengan mengangkat kedua tangannya.”

3 – al-Baihaqi (w.458H), penulis kitab al-Sunan al-Kubra, di dalam kitabnya (2/212) ia berkata, “Berkenaan masalah mengusap muka dengan dua telapak tangan selepas selesai berdoa adalah sesuatu yang tidak ku hafal dari walau seseorang salaf (generasi awal) dalam hal doa qunut, sekalipun diriwayatkan dari sebahagian mereka hal itu dalam doa di luar solat. Telah diriwayatkan dari Nabi s.a.w. sebuah hadis yang di dalamnya terdapat kelemahan yang menurut sebahagian mereka hadis itu diamalkan di luar solat, sedangkan di dalam solat hal itu adalah amalan yang tidak baku. Maka, yang lebih utama adalah tidak melakukannya dan membatasi diri dengan mengamalkan apa yang diamalkan oleh para salaf Rahimahullah berupa mengangkat kedua tangan (ketika berdoa) tanpa mengusap muka di dalam solat.

4 – Imam al-Nawawi Rahimahullah (w. 676H) turut tidak memandub-kan (menyarankan/mengharuskan) mengusap muka setelah berdoa, sekalipun di luar solat, sebagaimana yang disebutkannya di dalam kitab al-Majmu’. Hal itu disebutkan pula oleh Ibnu ‘Alan di dalam kitab Syarh al-Adzkar (2/311).

Di dalam kitab ar-Raudhah (1/255), beliau Rahimahullah berkata, “Aku telah katakan bahawa tidak mustahab secara mutlak mengusap walau selain muka sama sekali, bahkanjama’ah dari kalangan para ahli ilmu berpendapat bahawa hal itu makruh hukumnya.

Ini adalah cabang dari salah satu aspek menurut kalangan pengikut syafi’i berkenaan dengan mengusap muka setelah berdoa.

5 - Menurut Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah (w. 728H) menyatakan di dalam al-Fatawa (22/519), dalam persoalan ini: “Berkenaan dengan Nabi s.a.w. mengangkat tangan ketika berdoa telah ada sejumlah hadis sahih berkenaan dengannya, sedangkan berkenaan dengan mengusap muka dengan kedua tangan, tidak ada hadis berkenaan dalam hal itu, melainkan satu atau dua buah hadis sahaja yang tidak boleh dijadikan hujjah dengan keduanya. Wallahu a’lam.

6 – al-Fairuz Abadi Rahimahullah (w. 817H) di dalam kitab Safar as-Sa’adah ia berkata, “Mengenai masalah mengusap muka dengan dua telapak tangan setelah berdoa tidak ada hadis yang sahih berkenaan dengannya.” Maka, beliau juga turut menyatakan bahawa hal menyapu muka selepas berdoa adalah tidak disunnahkan.

7 – Ibnu ‘Alan ash-Shadiqi (w. 1057H), di dalam kitab syarh al-Adzkar (2/311) menyatakan bahawa, “Terdapat faktor yang memperkuat aspek pertama dari mazhab syafi’i bahawa ia menjadikan mustahab (disarankan) mengangkat tangan (ketika berdoa), dan tidak mengusap. Wallahu a’lam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar